Monday, February 23, 2009

Best atau tak bawa kereta laju-laju?

Pada pendapat korang, best ke tak bawa kereta laju-laju? bagi aku, bawa kereta dalam keadaan laju cukup seronok.. perasaan yang datang masa tu buat aku puas.. aku memang selalu bawa kereta laju-laju.. dari mula-mula aku dapat lesen lagi aku dah mula bawa kereta laju-laju.. aku ingat lagi saat aku bawa kereta ayah aku.. dah la kereta tu enjin lama.. ayah aku bawa pun tak penah lebih 120km tapi sampai kat tangan aku, abis kereta tu aku kerjakan.. tapi ayah aku tak tahu aku bawak laju.. sekarang kereta tu tersadai kat rumah.. sekarang ayah aku guna kereta lain & aku dah ada kereta sendiri.. jadi kalau aku bawa laju-laju pun yang rosak kereta aku sendiri(padan muka).. setakat ni aku tak pernah lagi kene saman sebab bawa laju(huh, selamat).. bagi korang macam mane pula?

kereta miliku yang pertama..

hehe.. ni lah kereta milik aku yang pertama, meski pun ni bukan kereta idaman aku, tapi aku hargai sangat-sangat kereta ni.. dulu masa beli kereta ni biasa-biasa je.. tapi sekarang banyak dah duit aku habis kat kereta ni.. aku suka sangat bawa kereta kadang-kadang kalau sehari tak bawa kereta tak senang duduk.. setakat ni kereta aku guna enjin standard je tapi insyaallah cukup duit nanti aku nak tukar enjin.. buat masa ni aku fokus untuk stadi dulu..

telefon idaman..


inilah telefon kesayangan dan idaman saya.. saya beli sendiri semester lepas.. ni bukan guna duit ptptn, tapi duit gaji saya sendiri hasil kerja dengan ayah saya masa cuti semester..

Thursday, February 19, 2009

3 tahun rasa macam sekejap...

sekejap sangat saya rasa 3 tahun.. saya mula-mula masuk ipt pada tahun 2006 dan sekarang dah 2009, tak lama je lagi saya akan tamat pengajian.. di ipt buat saya seronok sangat.. dapat jumpa kawan-kawan, jumpa pensyarah yang pernah mengajar kelas saya, tak kurang jugak dengan saat-saat gembira & pahit.. tapi semua tu pengalaman yang berharga sangat bagi saya..

dulu masa kecil, sewaktu saya tak kenal perkataan universiti, saya tak pernah pun terlintas nak masuk universiti.. bagi saya tak masuk pun tak apa.. tetapi semasa saya di tingkatan 5, saya dah mula pasang impian untuk miliki berbagai-bagai benda.. dan dari saat tu saya mula sedar dunia sekarang semakin mencabar dan tidak mudah untuk mendapatkan apa yang saya impikan kalau saya tidak ada ilmu yang tinggi.. jadi dari saat tu saya belajar bersungguh-sungguh..

semasa nak isi borang kemasukan ke ipt, saya sendiri rasa seperti tidak ada harapan untuk saya berada di ipt.. jadi saya isi borang tu tanpa meletakkan harapan.. sebenarnya saya lebih berminat kepada kemahiran.. saya dah rancang dengan kawan-kawan yang memang rapat dengan saya untuk masuk ke institusi kemahiran.. semasa keputusan kemasukkan ke ipt keluar, saya dan kawan-kawan rapat saya bersama-sama pergi melihat keputusan, kawan-kawan rapat saya terlebih dahulu melihat keputusan dan seperti yang mereka jangka mereka tidak terpilih.. tiba giliran saya untuk melihat keputusan saya, tanpa saya duga saya terpilih, saya sendiri tak sangka saya layak masuk ke ipt.. dan sekarang saya sudah pun 3 tahun di ipt.. tak lame lagi saya akan tamat pengajian bagi peringkat diploma.. lepas ni saya akan sambung untuk peringkat ijazah..(kalau dapat)..

letihnya..

selamat malam semua..

kita jumpa lagi malam ni..

minggu ni minggu yang saya rasa letih sangat.. banyak asingment perlu disiapkan,tetapi tak apa semua tu saya buat dengan sabar.. tak lama lagi ada test, buku lansung saya tak sentuh.. terukkan saya ni? suka stadi saat-saat akhir.. nak buat macam mana dah tu tabiat saya, bukan saya tak nak berubah tapi bila saya mula pegang buku je macam-macam godaan datang, ajak main game la, tengok cerita la, kawan-kawan ajak pergi jalan la.. hmm.. tetapi saya tak salahkan semua tu.. semua tu saya dapat elak kalau saya betul-betul nak stadi.. betul x?

Sunday, February 15, 2009

budak rumah..

selamat malam semua..

malam ni malam yang saya rase cukup sakit hati bagi saya.. isunye budak rumah saya.. ceritanya macam ni.. saya ni pelajar ipt & sekarang saya menyewa rumah di luar.. jadi saya tinggal 6 orang & saya ketua rumah dari awal saya menyewa rumah yang saya tinggal tu... awal-awal lagi masa sewa rumah tu saya dah cakap pada budak-budak rumah saya, 1 bilik akan tinggal 2 orang.. tetapi sekarang seorang budak rumah saya tu pentingkan diri die je, die tinggal sorang-sorang kat bilik tu.. tak fikir langsung kat member-member yang kesempitan ruang.. malam tadi saya ajak budak yang duduk sorang-sorang tu berbincang memandangkan saya ketua rumah.. tapi budak tu tunjuk muka tak puas hati pulak, dah tu siap tengking- tengking lagi.. saya bukannya ajak dia gaduh pun, saya ajak bincang je.. memandangkan budak tu dah siap beli meja stadi, telivisyen, kipas, dan yang paling best budak tu beli sebuah katil bujang letak dalam bilik yang dah memang kecil.. bila saya cakap saya nak masuk bilik tu saya tengok memang bilik tu dah tak ada ruang lagi, kalau budak tu tinggal dalam bilik tu sorang-sorang je boleh la.. saya cuma nak berbincang dengan budak tu untuk bayar lebih rm10 je, pastu die nak tinggal sorang-sorang pun saya tak kisah.. tetapi budak tu tetap tak puas hati & tetap nak bayar sama rata jugak.. bagi saya kalau dah tahu tak nak bayar lebih, tinggal la 2 orang dalam bilik tu, tetapi kalau taknak bayar la lebih..
hmm..
jap lagi saya balik & saya nak tengok apa keputusan budak tu..

jadi.. pada korang yang bakal menyewa tu, saya harap sebelum sewa rumah carilah budak rumah yang betul-betul sekepala dengan korang, kalau tak nanti jadilah macam kes saya ni..
selamat malam...

peningnya..

pening jugak buat blog ni..buat sendiri tak tanye orang..berlagak..ish2..tapi saya cuba untuk mengubah blog saya ni jadi lebih baik..sekurang-kurangnya saya belajar sesuatu..tapi saya ni terukkan tak kenalkan siapa saya..buat masa ni biar la rahsia..